28/07/2026
π Kenapa Speaker Mahal Bukan Penentu Kualiti Bunyi yang Baik?
Pernah tak jawatankuasa masjid atau surau tuan-tuan keluarkan peruntukan besar beli speaker berjenama mahal, tapi bila majlis berlangsung, jemaah masih komplen suara tak jelas dan bingit?
Di Muazzin AV, kami kerap jumpa kes macam ni. Speaker dah jenama mahal gred A, tapi hasil bunyinya sangat mengecewakan!
Kenapa perkara ni berlaku?
1οΈβ£ Akustik Ruang & Pantulan Dinding: Tanpa kawalan gema (reverb), speaker paling mahal pun akan menghasilkan bunyi cempreng & pekak.
2οΈβ£ Kedudukan & Angle Speaker: Main gantung tanpa pengiraan coverage area hanya membazirkan potensi speaker tersebut.
3οΈβ£ Tiada Precise Tuning: Audio yang baik memerlukan gabungan sistem (Amp, Mic, Equalizer) yang dikalibrasi mengikut struktur bangunan.
Mengeluarkan belanja besar untuk speaker tanpa simulasi audio ibarat beli enjin supercar, tapi dipasang pada rangka kereta biasa.
Tonton video ini untuk faham bagaimana pendekatan dari Muazzin AV dapat menyelesaikan masalah audio anda tanpa pembaziran.