27/06/2021
Apa Itu TPM?
Microsoft mengumumkan bahawa Windows 11 akan memerlukan cip TPM (Trusted Platform Module) pada peranti.
Ramai pengguna yang keliru dan bingung, tentang adakah peranti mereka yang baru sahaja dibeli serasi dengan Windows 11, apatah lagi yang sudah lama dibeli.
Trusted Platform Modules (TPM) adalah cip yang disatukan ke dalam motherboard PC anda atau dipasang secara berasingan ke dalam CPU.
Tujuannya adalah untuk melindungi kunci enkripsi, kelayakan (log masuk) pengguna, dan data sensitif lain di sebalik penghadang perkakasan sehingga perisian hasad dan penyerang tidak dapat mengakses atau mengganggu data tersebut.
Bahasa mudahnya, TPM ialah penghadang serangan dalam bentuk perkakasan, yang dikombinasikan dengan perisian.
TPM berfungsi dengan menawarkan perlindungan keselamatan di tahap perkakasan dan bukannya perisian semata.
Ia dapat digunakan untuk mengenkripsi cakera menggunakan ciri Windows seperti BitLocker, atau untuk mencegah serangan kamus (dictionary attack) terhadap kata laluan.
Cip TPM 1.2 telah wujud sejak tahun 2011, tetapi biasanya hanya digunakan secara meluas di komputer riba dan desktop perniagaan.
Microsoft ingin memberikan tahap perlindungan yang sama kepada semua orang yang menggunakan Windows, walaupun implementasi mereka tidak selalunya sempurna.
Umumnya, manaΒ² komputer yang keluar selepas tahun 2016 akan dapat menjalankan Windows 11.
Anda boleh periksa status TPM dengan menekan kekunci Windows + R, kemudian taipkan tpm.msc.
Sumber: OMG Hacker