12/05/2021
Assalamualaikum dan Salam sejahtera, semua. Kepada Muslimin serta Muslimat di seluruh negara, Admin mewakili barisan Pengarah serta tenaga kerja TONE, mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada anda semua. Tahniah di atas kejayaan kita menjalankan ibadah puasa di ketika yang serba mencabar ini. Semoga perginya Ramadhan, meninggalkan seribu satu kebaikan dan pengertian kepada kita, berkat ibadah serta muhasabah dan penyucian diri selama satu bulan, InsyaAllah.
Datangnya Syawal yang mulia, pastinya dengan kesyukuran serta kegembiraan di atas kejayaan di bulan Ramadhan, walaupun di dalam kegusaran dan kerinduan yang tidak dipinta. Apakan daya, keadaan yang memaksa tindakan drastik, terpaksa diterima. Hanya padaNya dibisik kesedihan di hati. Pujuklah diri, tabahkan semangat dan kuatkan azam. Kita semua mampu menyumbang kepada usaha mengekang penyebaran virus dan memutuskan rantaian jangkitan Covid-19 ini.
Beringatlah dalam sambutan. Patuhi PKP, amalkan SOP, jaga kebersihan diri dan paling penting, jika tiada keperluan untuk keluar, duduk diam-diam sahaja di rumah. Anda boleh, KITA boleh! Akhir kata, Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir Batin.
Anda berada di area jb, pontian, kulai, pasir gudang dan gelang patah?
Sy akan ke tempat anda utk pendaftaran tanpa cas delivery..
Sy akan bantu 😊
Whatapps sy cuma klik link dibawah
📲 www.wasap.my/60107867881/tonewowjb