06/03/2026
Ramai orang bila mula tanya akan terus tanya:
“CCTV satu set berapa harga?”
Sebenarnya kami di OSD tidak akan terus beri harga secara rawak.
Kerana setiap rumah mempunyai saiz, susun atur, pintu masuk dan blind spot yang berbeza.
Jika terus beri quotation tanpa faham keadaan rumah, kemungkinan akan jadi:
• Kamera terlalu sedikit — kawasan penting tidak dilindungi
• Kamera terlalu banyak — kos menjadi lebih tinggi dari yang perlu
Di OSD Network & Security, setiap quotation yang kami beri perlu bertanggungjawab dan sesuai dengan keperluan pelanggan.
Sebab itu sebelum memberi cadangan, kami akan terlebih dahulu memahami keadaan rumah anda dan kemudian reka sistem keselamatan yang paling sesuai.
Jika anda ingin tahu anggaran berapa CCTV diperlukan untuk rumah anda, boleh WhatsApp / PM kami dan hantar:
📸 Gambar bahagian depan rumah
📸 Gambar bahagian sisi rumah
📸 Gambar bahagian belakang rumah
Kami boleh bantu beri cadangan awal jumlah kamera yang sesuai, dan seterusnya merancang sistem keselamatan yang lebih lengkap.
Kerana keselamatan sebenar bukan sekadar pasang kamera,
tetapi satu sistem keselamatan yang direka dengan betul untuk melindungi rumah dan keluarga anda.