Ipoh Walkie Talkie Resources

Ipoh Walkie Talkie Resources Ipoh Walkie Talkie
(JM1023687-W)
Menjual,menyewa dan membaiki alat komunikasi 2 Hala (walkie talkie)
callsign : 9M2FIZ

Assalamualaikum selamat pagi. Hujan rahmat pagi ni. Datang sekali dengan rezeki.
12/10/2026

Assalamualaikum selamat pagi. Hujan rahmat pagi ni. Datang sekali dengan rezeki.

Alhamdulillah, hari ini selesai sudah penglibatan MARTS (Malaysian Amateur Radio Transmitters’ Society) dalam pameran se...
11/10/2026

Alhamdulillah, hari ini selesai sudah penglibatan MARTS (Malaysian Amateur Radio Transmitters’ Society) dalam pameran sempena Bulan Kesiapsiagaan Nasional 2026, sebagai rakan NADMA yang dijemput untuk turut serta berkongsi ilmu dan memberi pendedahan kepada masyarakat mengenai kepentingan komunikasi dalam menghadapi situasi kecemasan dan bencana.

PERANAN RADIO AMATUR SEMASA BENCANA

Antara perkongsian utama yang diketengahkan ialah peranan radio amatur sebagai medium komunikasi alternatif apabila rangkaian telefon bimbit dan internet terganggu atau tidak dapat digunakan.

Dalam situasi bencana, komunikasi yang berkesan amat penting bagi membantu penyampaian maklumat, penyelarasan bantuan serta menyokong operasi kecemasan. Di sinilah radio amatur berpotensi memainkan peranan dalam membantu masyarakat dan pihak yang terlibat.

FUNGSI WALKIE TALKIE DAN RADIO KOMUNIKASI

Pengunjung turut diberikan penerangan mengenai fungsi walkie talkie dan radio komunikasi yang digunakan dalam pelbagai bidang seperti keselamatan, pengurusan acara, operasi lapangan serta kecemasan.

Satu perkara penting yang turut ditekankan ialah penggunaan radio komunikasi tidak boleh dilakukan sewenang-wenangnya. Pengguna perlu memahami peraturan, peruntukan frekuensi serta keperluan lesen atau kebenaran yang berkaitan. Bukan semua frekuensi boleh digunakan sesuka hati tanpa mematuhi syarat yang ditetapkan.

Ilmu ini penting bagi memastikan penggunaan radio komunikasi dilakukan secara betul, bertanggungjawab dan mengikut undang-undang.

DETIK ISTIMEWA DI RERUAI PAMERAN MARTS

Lebih bermakna apabila Timbalan Perdana Menteri, YAB Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi, sudi meluangkan masa untuk mencuba sendiri pengoperasian radio komunikasi di reruai pameran MARTS.

Beliau diberikan penerangan mengenai cara pengendalian radio komunikasi serta fungsi peralatan tersebut dalam menyokong komunikasi, khususnya ketika menghadapi situasi kecemasan dan bencana.

Kunjungan ini menjadi satu pengalaman yang cukup bermakna buat warga MARTS dalam usaha memperkenalkan dunia radio komunikasi dan radio amatur kepada masyarakat dengan lebih dekat.

TERIMA KASIH NADMA & MARTS

Setinggi-tinggi penghargaan kepada pihak NADMA atas jemputan kepada MARTS untuk bersama-sama menjayakan pameran ini. Terima kasih juga kepada semua pengunjung yang singgah, bertanya dan menunjukkan minat terhadap dunia radio komunikasi.

Semoga perkongsian ini dapat meningkatkan kesedaran masyarakat tentang kepentingan komunikasi dan persediaan menghadapi bencana.

Radio amatur bukan sekadar hobi, malah berpotensi menjadi satu bentuk khidmat kepada masyarakat apabila diperlukan.

MADANI SIAGA, TANGGUNGJAWAB BERSAMA









Assalamualaikum selamat pagi. Hari ini dan esok kami ada di Bulan Kesiapsiagaan Nasional 2026 bertempat di Ipoh Conventi...
10/10/2026

Assalamualaikum selamat pagi. Hari ini dan esok kami ada di Bulan Kesiapsiagaan Nasional 2026 bertempat di Ipoh Convention Centre.
Boleh datang melawat pelbagai Booth yang ada.

Assalamualaikum selamat pagi. Ahad ini kami cuti,tak niaga di pasar karat Loken. Anda boleh datang ke Ipoh Convention Ce...
09/10/2026

Assalamualaikum selamat pagi. Ahad ini kami cuti,tak niaga di pasar karat Loken.
Anda boleh datang ke Ipoh Convention Centre (Belakang Bangunan MBI) sempena Bulan Kesiapsiagaan Nasional 2026.

Panas2 lagi baru turun kapal terbangXTL5000 VHFXIR M6660 VHFGP328 Plus VHFBerminat boleh WhatsApp kami terus
05/10/2026

Panas2 lagi baru turun kapal terbang
XTL5000 VHF
XIR M6660 VHF
GP328 Plus VHF

Berminat boleh WhatsApp kami terus

04/10/2026

Siapkan Lora APRS Tracker untuk customer dari Pulau Pinang.
Ada yang berminat dengan Lora APRS?
Whatsapp kami sekarang

04/10/2026

Assalamualaikum selamat pagi. Pagi ni kami on macam biasa di Pasar Karat Loken.
Jumpa anda disini. Kami ada sampai pukul 12 tengah hari.

03/10/2026

Setel program 1 unit Motorola XTL5000. Masukkan frequency repeater seluruh Malaysia & simplex.
Next radio apa pulak nak program?

Boleh hantar pada kami

TAK PERGI TENGOK F1 KAT SEPANG KAN?Takpe… Jom singgah Pasar Karat Loken!Ahad, 4 Oktober 20267:30 AM – 11:45 AMTapak 280–...
03/10/2026

TAK PERGI TENGOK F1 KAT SEPANG KAN?

Takpe… Jom singgah Pasar Karat Loken!

Ahad, 4 Oktober 2026
7:30 AM – 11:45 AM
Tapak 280–282
Landmark: Lori XOX
Nak mudah, datang dari arah Hotel Kinta Riverfront

Banyak barang-barang baru masuk!
Walkie talkieMotorola, Yaesu, APRS tracker, Igate dan macam-macam lagi barang komunikasi & elektronik.

Mana tahu datang nak cuci mata, sekali balik bawa radio baru!

Jumpa anda Ahad ni di Pasar Karat Loken!
Ipoh Walkie Talkie - Sales & Rental

Customer tetap dari KL hantar 1 unit Motorola XTL5000. Nak program masukkan frequency repeater seluruh Malaysia dan freq...
02/10/2026

Customer tetap dari KL hantar 1 unit Motorola XTL5000. Nak program masukkan frequency repeater seluruh Malaysia dan frequency simplex

Address

Ipoh
31350

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Ipoh Walkie Talkie Resources posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share