05/08/2022
APA ITU MILI-AMP HOUR
=====================
Apa sebenarnya yang dimaksudkan dengan “mah” (bukan nama orang ye) atau “mili-amp hour” yang biasanya tertera pada power bank?
Bagi sesiapa yang memang blur tentang terma-terma asas yang wujud di dalam bidang elektrikal atau elektronik ni, saya akan terangkan serba sedikit asas-asas bagi mudah untuk kita faham. “Mili-amp” atau “amp” atau “ampere” ini sebenarnya adalah benda yang sama yang merujuk kepada “unit” bagi arus elektrik atau dalam kamus bahasa inggeris disebut sebagai “current” atau normal orang sebut sebagai “karen” (ada ke?). Pernah dengar tak orang biasa cakap “jangan sentuh suis kalau tangan basah, nanti kena karen..”? haaa “karen” yang dimaksudkan itulah sebenarnya arus elektrik.
Arus elektrik ini sifatnya “mengalir”. Macam air sungai yang mengalir, macam itu lah juga arus elektrik. Ia akan mengalir sekiranya terdapat perbezaan voltage atau biasa dipanggil sebagai “voltage potential”. Ok STOP! Jangan fikir lagi tentang voltage sebab kita nak fokus pada arus elektrik sahaja. Takut nanti pening. Ok, berbalik semula kepada cerita asal, sebenarnya, “mili-amp” dan “amp” adalah benda yang sama sebab 1000 mili-amp = 1 amp. Jadi, kalau power bank tertera 10000 mili-amp hour atau 10000 mah, maka ia amalah dengan 10 amp hour atau 10 ah. Boleh faham tak?
Habis apa p**a “hour”? “hour” adalah merujuk kepada masa. “Hour” dalam Bahasa melayu dipanggil “jam”. Tapi dalam istilah power bank, hour ni lebih tepat lagi dikatakan sebagai “1 jam” atau “sejam” atau “60 minit” (belum pernah lagi orang pakai minit dalam power bank). Boleh faham?
Ok, makanya, bila disebut “mili-amp hour” tu apa dia? Ia bermaksud berapa banyak arus elektrik yang mampu dialirkan keluar untuk menghabiskan power bank dalam masa satu jam. Sebagai contoh, sekiranya power bank mempunyai kapasiti 1000 mah, ini bermakna untuk menghabiskan power bank dalam masa satu jam, arus elektrik sebanyak 1000 mili-amp perlu dialirkan keluar secara terus menerus. Lagi besar kapasiti power bank itu, maka lagi besar arus yang mampu dikeluarkan dalam masa satu jam.
Senang nak bagi faham macam ni lah, sekiranya telefon bimbit kita mempunyai kapasiti battery sebesar 1000 mah dan kita menggunakan power bank berkapasiti 1000 mah, maka hanya satu telefon bimbit sahaja mampu dicas. Tapi sekiranya 10000 mah power bank digunakan, maka 10 telefon bimbit mampu dicas. Boleh faham tak?
Maknanya lagi besar kapasiti power bank, lagi banyak arus elektrik yang mampu dikeluarkan dalam masa satu jam dan lagi banyak telefon bimbit mampu dicas.
Ok, diharapkan perkongsian yang sedikit ini dapat membantu dalam lebih memahami apa yang dikatakan mili-amp hour atau mah.