11/02/2015
Assalamualaikum...
Sudah hampir 2 bulan tahun 2015 berlalu.
Bagaimana dengan prestasi bisnes online
anda untuk yang terkini?
Saya amat berharap semuanya akan berjalan dengan lancar,ya. Dalam dunia bisnes online, antara perkara yang paling di cari oleh ramai usahawan internet kita ialah mencari niche yang lumayan.
Untuk tahun 2015, apa dia antara niche
yang boleh membantu anda untuk buat duit online?
Di sini saya senaraikan kepada anda antara niche yang memang ramai pembeli.
insyaAllah, kena cara usaha, produknya bagus, pasti ada yang menjadi.
Niche 1 : Buat Duit Online.
Ini memang niche nombor satu yang ada
dalam carta, tidak kiralah untuk pasaran
dalam Negara atau luar Negara terutama
untuk market United States, Canada atau
pun Australia.
Niche 2 : Kesihatan & Kecantikan.
Niche ini juga tidak kurang hebatnya. Asal
ada sahaja produk yang berkaitan dengan
kesihatan dan kecantikan, pasti ada pembeli yang berpusu-pusu mahu membuat bayaran.
Niche 3: Games.
Siapa di sini s**a main games online?
Tahukah anda carian untuk topik games di
google mencecah lebih dari 20 juta di
seluruh dunia. Maka tidak hairanlah
semakin hari semakin banyak produk di
internet yang berkaitan dengan niche ini.
Niche 4 : Software.
Sebut sahaja software memang ramai orang s**a.
Jika anda seorang yang s**a menggunakan banyak cabang untuk melakukan kerja-kerja online atau offline menggunakan komputer, maka dengan adanya software, banyak kerja akan menjadi mudah.
Niche 5 : Perhubungan & Percintaan.
Siapa di sini selalu tengok TV terutama
menonton rancangan seperti motivasi atau
WHI? Dalam tiap-tiap minggu, pasti ada
topik tentang perhubungan yang di
bincangkan samada isu berkaitan sosial
masyarakat,rumah tangga atau percintaan.
Jika anda fikir niche perhubungan tidak
punya permintaan,ia satu kesilapan
sebenarnya.
Jika di luar negara, ebook yang berkaitan
dengan niche perhubungan ini sungguh top dan mendapat sambutan di luar jangkaan.
Dahulu pernah seorang blogger lelaki
menulis satu ebook untuk kaum hawa
mencari teman lelaki. Saya lihat penulis itu
sungguh berani. Dan satu perkara yang
hebat, ebook beliau mendapat sambutan
hangat dari kaum wanita. WOW!
Penutup.
OK, itu sahaja antara niche yang saya
sempat kongsikan kepada anda.
Sementara itu, saya cadangkan anda study
dengan lebih dalam untuk semua niche di
atas. Jika anda dapat buat duit dengan 1
niche sahaja, dapat jumpa produk yang
bagus dan menggunakan teknik pemasaran
yang tepat, insyaAllah anda akan sukses.
Amin.
INILAH ANTARA PROJEK PENDAPATAN 2015.