15/08/2024
PERTANDINGAN BOWLING SSJCH 2024 I 08.08.2024
Pertandingan bowling yang dianjurkan bersama oleh Kelab Kilat Hidro Cameron Highlands, PKPI JOR, PKPI WOH dan Pelitawanis TNB yang berlangsung di Champion Bowl Kampar, Perak telah mendapat sambutan dari seksyen di Upper Stesen , Stesen Ulu Jelai , Jor dan Woh. Setiap seksyen telah menurunkan barisan pemain untuk berentap bagi merebut gelaran juara SSJCH.
Di akhir pertandingan, pasukan dari SSD Cameron Highlands telah berjaya dinobatkan sebagai naib johan apabila tewas tipis dengan perbezaan jatuhan point sebanyak 50 point terhadap juara pertandingan iaitu dari E-CNI JOR.
Pemain terdiri daripada En Muhammad Saufi, En Mohd Syafiq, En Muhammad Aizudin, En Tarmizi, En Alzari, En Mohammad Nizam, En Mohd Faizal dan En Syafiq serta En Mohd Hasnisyam selaku pengurus pasukan. Tahniah diucapkan kepada SSD Cameron Highlands.