26/06/2024
Jabatan Imigresen (JIM) Kuala Lumpur melumpuhkan sindiket menggunakan warga asing dan kanak-kanak untuk menjalankan aktiviti mengemis sekitar ibu negara dalam serbuan di Jalan Sultan Azlan Shah malam tadi.
Lebih menyedihkan bayi dan kanak-kanak berusia antara 10 bulan hingga enam tahun diberikan ubat dipercayai untuk βditidurkanβ sebelum dibawa oleh warga asing dewasa bagi menjalankan aktiviti mengemis sekitar Jalan Chow Kit, Jalan Masjid India dan Jalan Sentul pada waktu pagi.
Perbuatan itu dipercayai bagi meraih simpati orang ramai sekali gus meningkatkan 'pendapatan' warga asing terbabit hasil daripada aktiviti mengemis.
Taktik itu terbongkar selepas jabatan berkenaan menyerbu sebuah bangunan rumah kedai empat tingkat kira-kira 9 malam tadi dan menemukan beberapa botol ubat batuk di kediaman yang disewa warga asing terbabit.
Berita penuh: https://www.bernama.com/bm/jenayah_mahkamah/news.php?id=2311368