16/12/2022
Tip Penjagaan Laptop Supaya Tahan Lebih Lama:
Dari segi software
1. Pastikan anda sentiasa update Windows anda. untuk keselamatan dan kestabilan sesebuah Windows itu.
2. Windows 7 kini sudah mencapai umur yang matang, jadi update untuk Windows Defender juga telah hampir ke penghujungnya. Anda yang masih menggunakan Windows 7 dinasihatkan berhati-hati.
3. Kepada pengguna Windows 8, anda disarankan untuk update laptop anda kepada Windows 10 yang lebih baik dari segi kestabilan. Windows 10 kini dilengkapi Windows Defender yang mampu menahan daripada ransomware yang sangat merbahaya ketika ini.
4. Pastikan sumber muat turun daripada Internet itu selamat. Jika anda buka google, anda akan lihat simbol berwarna hijau di sebelah kiri website dan itu menandakan website itu selamat.
5. Mesti anda s**a bermain game di laptop anda bukan? Main game tidak salah tetapi kena tahu spesifikasi laptop dan game bersesuaian atau tidak.
6. Install software dari sumber yang tidak diketahui. Anda kene tahu, software ini ada banyak jenis dan ada juga terselit virus. Jadi, pastikan anda tahu dan kenalpasti jenis software yang anda inginkan. Install hanya software itu sahaja tida perlu add on software dari satu installer yang sama.
7. Untuk kelajuan, rajinkan diri buat disk cleanup. Anda pergi local disk c, right click dan pilih bawah sekali, properties. Kemudian ada pilihan disk cleanup, tekan situ dan ikut arahan yang diberikan.
Ref: thevocket