Persatuan Seni Silat Cekak Hanafi Universiti Teknologi PETRONAS

Persatuan Seni Silat Cekak Hanafi Universiti Teknologi PETRONAS Persatuan Seni Silat Cekak Ustaz Hanafi Universiti Teknologi PETRONAS (PSSCUHUTP) telah ditubuhkan pada Mac 1998.

Persatuan ini telah didaftarkan dibawah Jabatan Perkhidmatan & Sokongan Pelajar, Hal Ehwal Pelajar, Universiti Teknologi PETRONAS. Sehingga ke hari ini, PSSCUHUTP telah memberikan pencapaian terbaik diperingkat universiti, negeri & kebangsaan.

18/02/2026

Persatuan Seni Silat Cekak Hanafi UTP mengucapkan Selamat Menyambut Ramadan Al-Mubarak 🌙✨

Semoga Ramadan kali ini membawa keberkatan dan rahmat buat kita semua 🤲🏻

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh,Dukacita dimaklumkan bahawa Saudara Mohamad Nazri bin Mohamad Isa, Naib Yang ...
24/11/2025

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh,

Dukacita dimaklumkan bahawa Saudara Mohamad Nazri bin Mohamad Isa, Naib Yang Dipertua Silat Cekak Hanafi Perak, telah kembali ke Rahmatullah pada hari ini, 24 November 2025 (Isnin), dan dikebumikan di Perkuburan Islam Bukit Lagong, Taman Ehsan.

Seluruh warga Silat Cekak Hanafi UTP merakamkan ucapan takziah kepada keluarga Allahyarham. Semoga roh beliau dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman dan beramal soleh. Moga keluarga beliau tabah menghadapi ujian Ilahi.

22 November 2025 - Assalamualaikum w.b.t.Alhamdulillah, hari ini Persatuan Silat Cekak Hanafi UTP telah melangsungkan Ma...
22/11/2025

22 November 2025 - Assalamualaikum w.b.t.
Alhamdulillah, hari ini Persatuan Silat Cekak Hanafi UTP telah melangsungkan Majlis Ijazah bagi Semester September ’25 untuk kelas Asas dan Potong dengan jumlah seramai 28 ahli dan majlis berjalan dengan penuh keberkatan dan kegemilangan. 🎓✨

Pada masa yang sama, kami turut meraikan Ulang Tahun Kelahiran YM Tn. Hj. Amruddin bin Hj. Buang, Guru Utama bagi Silat Cekak Hanafi🥳🎉

Semoga segala ilmu yang dipelajari menjadi bekal bermanfaat, dan semoga Allah terus mengurniakan keberkahan, kesihatan serta kejayaan kepada beliau.🤲💛

Tahniah kepada semua yang diijazahkan, dan selamat maju jaya dalam langkah seterusnya! 🌟

5 November 2025 - Pada malam tersebut telah berlangsung Jamuan Makan-Makan bagi meraikan batch Asas Senior serta batch J...
22/11/2025

5 November 2025 - Pada malam tersebut telah berlangsung Jamuan Makan-Makan bagi meraikan batch Asas Senior serta batch Jatuh yang kini telah berjaya melangkah ke peringkat seterusnya iaitu Jatuh & Potong! Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada mereka!! 🤩

Dalam majlis yang penuh mesra ini, kami turut mengadakan Sambutan Ulang Tahun Kelahiran bagi ahli yang lahir pada bulan Oktober, November dan Disember! 🥳🎉

Semoga ukhuwah terus erat, semangat terus kuat, dan perjalanan ilmu kita sentiasa diberkati. 💛✨

1 November 2025 - Persatuan Silat Cekak Hanafi UTP telah mengadakan Aktiviti Riadah Bonding Time sebagai salah satu inis...
22/11/2025

1 November 2025 - Persatuan Silat Cekak Hanafi UTP telah mengadakan Aktiviti Riadah Bonding Time sebagai salah satu inisiatif untuk mengeratkan lagi hubungan silaturrahim dalam kalangan ahli. Aktiviti ini juga sekali gus meningkatkan lagi produktiviti, fokus serta kesejahteraan fizikal dan mental para ahli.❤️‍🔥🏐

Terima kasih diucapkan kepada semua yang hadir dan memeriahkan aktiviti ini. Semoga ukhuwah yang terjalin terus kukuh dan menjadikan persatuan kita lebih mantap serta harmoni. ✨

27 Oktober 2025 - Persatuan Seni Silat Cekak Hanafi UTP dengan sukacitanya merakamkan setinggi-tinggi tahniah dan syabas...
29/10/2025

27 Oktober 2025 - Persatuan Seni Silat Cekak Hanafi UTP dengan sukacitanya merakamkan setinggi-tinggi tahniah dan syabas kepada lima orang ahli yang telah berjaya menamatkan pengajian di peringkat Ijazah Sarjana Muda. 🎓✨

Semoga ilmu yang dicurahkan sepanjang pengajian serta nilai-nilai murni yang diterapkan dalam persilatan akan menjadi bekalan berharga dalam melangkah ke alam kerjaya.

Tahniah diucapkan kepada para graduan kami:
1. Saudara Aiman Aqil Bin Kamaruddin
2. ⁠Saudara Kamarul Aqef Bin Kamarul Azmi
3. ⁠Saudara Muhammad Adzmil Bin Maszelan
4. ⁠Saudari Nurul Farah Nazwa Binti Mohamad Redzuan
5. ⁠Saudari Siti Haziyah Najihah Binti Khairul Amin

Terima kasih atas segala jasa yang dicurahkan dalam PSSCHUTP dan terus mengekalkan kejayaan di masa hadapan 🥰

25 Oktober 2025 — Persatuan Seni Silat Cekak Hanafi UTP telah menganjurkan majlis makan malam istimewa bagi meraikan par...
28/10/2025

25 Oktober 2025 — Persatuan Seni Silat Cekak Hanafi UTP telah menganjurkan majlis makan malam istimewa bagi meraikan para ahli yang telah berjaya menamatkan pengajian di peringkat Ijazah Sarjana Muda dan bergraduasi pada tahun ini. 🌸

Majlis yang penuh kemeriahan ini bertujuan meraikan kejayaan mereka bukan sahaja dalam bidang akademik tetapi juga sebagai penghargaan atas komitmen yang telah diberikan sebagai ahli Persatuan Seni Silat Cekak Hanafi UTP.

Semoga kejayaan ini menjadi langkah awal untuk terus melangkah lebih jauh dalam kehidupan, sambil membawa semangat dan nilai-nilai Silat Cekak Hanafi ke mana jua berada. 💪✨

[ Imbasan Semula ] Teambonding @ Pusat Rekreasi Kolam Air Panas, Sungai Klah31 Ogos 2025 - Para atlet serta jurulatih ya...
19/09/2025

[ Imbasan Semula ] Teambonding @ Pusat Rekreasi Kolam Air Panas, Sungai Klah

31 Ogos 2025 - Para atlet serta jurulatih yang mewakili UTP untuk Kejohanan Silat Cekak Hanafi Nasional 2025 telah mengadakan satu aktiviti “teambonding” bertempat di Pusat Rekreasi Kolam Air Panas Sungai Klah.

Aktiviti ini bertujuan untuk merapatkan lagi ukhuwah antara ahli pasukan serta mengurangkan tekanan setelah penat lelah menjalani latihan yang cukup mencabarkan. 💪🏻

[ Imbasan Semula ] Persembahan Demonstrasi Silat Cekak Hanafi @ O’week September 2025✨2 September 2025 - Persatuan Seni ...
19/09/2025

[ Imbasan Semula ] Persembahan Demonstrasi Silat Cekak Hanafi @ O’week September 2025✨

2 September 2025 - Persatuan Seni Silat Cekak Hanafi Universiti Teknologi PETRONAS telah mengadakan satu persembahan demonstrasi silat khas bersempena Minggu Orientasi Pelajar Baharu (O'Week) bertempat di Dewan Canselor, Universiti Teknologi PETRONAS.

Dengan gerak langkah yang mantap dan penuh disiplin, persembahan ini telah bejaya memukau para hadirin dan memperkenalkan warisan seni bela diri Melayu kepada pelajar ambilan UTP yang baharu. 💪🏻🔥

📸 Gambar oleh: Kelab MEDTECH UTP

18/09/2025

Imbasan kembali Kejohanan Silat Cekak Hanafi Nasional 2025 yang telah berlangsung pada 13 September yang lalu. 🔥

Persatuan Seni Silat Cekak Hanafi UTP telah berjaya membawa pulang:
🏆Johan Keseluruhan IPTA/IPTS Lelaki
🏆Johan Keseluruhan IPTA/IPTS Wanita
🥇15 Pingat Emas
🥈2 Pingat Perak
🥉1 Pingat Gangsa
🎖️Pesilat Harapan IPT Wanita

Jutaan tahniah dan syabas buat para atlet serta jurulatih PSSCHUTP ! 💪🏻🌟

13 September 2025 – Alhamdulillah! Persatuan Seni Silat Cekak Hanafi UTP sekali lagi membuktikan keunggulan apabila berj...
15/09/2025

13 September 2025 – Alhamdulillah! Persatuan Seni Silat Cekak Hanafi UTP sekali lagi membuktikan keunggulan apabila berjaya mempertahankan takhta sebagai Juara Keseluruhan IPTA/IPTS Lelaki & Wanita dalam Kejohanan Silat Cekak Hanafi Nasional 2025! 🏆🔥

Kejayaan ini adalah hasil daripada semangat juang yang tidak pernah luntur, latihan tanpa mengenal penat, serta kerjasama padu antara atlet, jurulatih, pasukan management dan seluruh ahli persatuan. 💪✨

Tahniah kepada semua wira & wirawati PSSCHUTP yang telah berjuang habis-habisan! Kejayaan ini bukan sekadar mengangkat nama persatuan, tetapi juga terus mengharumkan nama UTP di pentas nasional. 🌟

31 Julai 2025 - Selesai kelas terakhir bagi Semester Mei 2025. Sebagai penutup semester, Persatuan Seni Silat Cekak Hana...
02/08/2025

31 Julai 2025 - Selesai kelas terakhir bagi Semester Mei 2025. Sebagai penutup semester, Persatuan Seni Silat Cekak Hanafi UTP telah mengadakan jamuan makan istimewa bagi meraikan kejayaan Program Memperkasa Cekak Hanafi Utara (PEMACU) yang berlangsung minggu lepas, serta menyambut ulang tahun kelahiran ahli-ahli persatuan bagi bulan Julai dan Ogos.

Jamuan ini bukan sekadar makan bersama, tetapi juga menjadi ruang untuk mengeratkan ukhuwah, mengimbau kenangan sepanjang semester dan menghargai usaha semua ahli yang telah banyak berkorban masa serta tenaga.

Semoga hubungan yang terbina ini terus erat, dan semua ahli Persatuan Seni Silat Cekak Hanafi UTP terus bersemangat mengangkat martabat serta warisan budaya kita 🤲🏻✨

Address

Universiti Teknologi PETRONAS
Bandar Seri Iskandar
32610

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Persatuan Seni Silat Cekak Hanafi Universiti Teknologi PETRONAS posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Persatuan Seni Silat Cekak Hanafi Universiti Teknologi PETRONAS:

Share