Pusat Sebaran Maklumat Nasional - NADI Taman Kurau Lestari

Pusat Sebaran Maklumat Nasional - NADI Taman Kurau Lestari NADI Taman Kurau Lestari menyediakan pelbagai kemudahan untuk penduduk setempat.

JADUAL KELAS AI@NADI BULAN OGOS 20261) 13 Ogos 2026 (9am – 12pm)Tajuk: Cipta Video Kreatif dengan AI!Penyertaan 13 tahun...
10/08/2026

JADUAL KELAS AI@NADI BULAN OGOS 2026

1) 13 Ogos 2026 (9am – 12pm)
Tajuk: Cipta Video Kreatif dengan AI!
Penyertaan 13 tahun ke atas.

2) 18 Ogos 2026 (9am – 12pm)
Tajuk: Bukan Content Biasa: Cipta dengan AI!
Penyertaan 18 tahun ke atas.

3) 20 Ogos 2026 (9am – 12pm)
Tajuk: Rahsia Kembangkan Bisnes dengan AI!
Penyertaan 13 tahun ke atas.

4) 27 Ogos 2026 (10am – 12pm)
Tajuk: AI untuk Semua: Belajar dan Guna!
Penyertaan terbuka.

*Sebarang pertanyaan boleh pm/hadir ke NADI TAMAN KURAU LESTARI.

10/08/2026

INFO | INISIATIF BAJU SEKOLAH NADI

Inisiatif Baju Sekolah NADI merupakan inisiatif NADI yang dilaksanakan sebagai kesinambungan daripada program NADI Mahir Jahit, salah satu program di bawah Perkhidmatan Pintar NADI.

Program NADI Mahir Jahit telah memberi peluang kepada peserta mempelajari kemahiran menjahit yang boleh dimanfaatkan untuk menjana pendapatan. Melalui inisiatif Baju Sekolah NADI, kemahiran tersebut diteruskan melalui penghasilan baju sekolah oleh Alumni Mahir Jahit untuk memenuhi keperluan komuniti.

Antara objektif inisiatif ini adalah untuk:

•⁠ ⁠Membuka peluang kepada peserta dan alumni NADI Mahir Jahit, termasuk suri rumah dan ibu tunggal, untuk menjana pendapatan melalui kemahiran yang dimiliki.
•⁠ ⁠Menyediakan pilihan baju sekolah yang lebih murah dan mudah diperoleh oleh ibu bapa dan komuniti.
•⁠ ⁠Membolehkan bayaran dibuat secara ansuran tanpa faedah dan caj tambahan.

Kemudahan bayaran secara ansuran ini diperkenalkan sebagai salah satu pilihan bagi membantu meringankan komitmen pembayaran, khususnya bagi keluarga yang mempunyai keperluan pembelian baju sekolah untuk lebih daripada seorang anak.

Teruskan menyokong usaha NADI dalam memperkasakan komuniti melalui pelbagai inisiatif yang disediakan.

Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai program Perkhidmatan Pintar NADI, layari www.nadi.my.




Cuba kita baca dan fahamkan apa yang disampaikan.
10/08/2026

Cuba kita baca dan fahamkan apa yang disampaikan.

Maaf ye.. Sebagai guru saya wajib perbetulkan fitnah yang tular terhadap Menteri Pendidikan berkenaan isu jualan ansuran seragam sekolah.

Kadang-kadang kita perlu berhenti sekejap sebelum berkongsi sesuatu di media sosial.

Bukan semua yang viral itu benar.
Bukan semua yang ditulis dengan huruf besar itu fakta.
Dan bukan semua yang dibungkus dengan kemarahan itu bermaksud kita sedang memperjuangkan rakyat.

Baru-baru ini timbul dakwaan kononnya kerajaan melalui NADI mahu menjual baju sekolah kepada pelajar sehingga menyusahkan ibu bapa.

Ada satu posting di sosmed berbunyi begini

"Saya tak faham.

Adakah ini dipanggil Inisiatif membantu rakyat?

Saya berpandangan kerajaan sepatutnya gunakan data yang ada untuk salurkan bantuan khusus kepada mereka yang amat memerlukan.

Kerajaan kata nak ringankan beban ibu bapa, tetapi kalau penyelesaiannya ialah ansuran, bukankah itu bermaksud ibu bapa masih perlu membayar dan menambah hutang?

Dengan kata lain beban ditangguhkan, bukan dikurangkan."

Saya yang membaca posting 👆 rasa pelik... Tak kan lah KPM jual baju seragam...

Kemudian saya cuba semak info sebetulnya.

Rupa-rupanya ceritanya tidaklah seperti yang digambarkan.
Cerita sebenar ialah ini inisiatif yang diperkenalkan melalui NADI Mahir sebenarnya melibatkan latihan dan pengupayaan komuniti dalam bidang jahitan. Komuniti diberi kemahiran untuk menghasilkan pakaian, termasuk pakaian seragam sekolah.

Kemudian pakaian tersebut ditawarkan kepada ibu bapa dengan kemudahan bayaran secara ansuran.

Bayangkan lah kalau Giatmara atau Jabatan Penjara jahit baju sekolah dan jual pada orang awam dengan hasrat membantu pelatih atau banduan... Takkan jadi isu juga?

Lagi satu…di mana menyusahkannya?

Kalau ada ibu bapa yang memilih untuk membeli maka itu pilihan mereka bukan paksaan pun.

Kalau ada yang mahu membeli secara ansuran maka disediakan kemudahan.
Amboi bab baju sekolah bayar ansuran korang bising marah dan fitnah YB Menteri.. Tapi tak sedar diri yang diri sendiri pakai Buy First Pay Later tu tak pulak bising.

Apa yang NADI buat tu baguslah dalam masa yang sama, komuniti tempatan mendapat peluang untuk menjana pendapatan melalui kemahiran yang mereka pelajari. Ibu bapa dibantu. Komuniti diperkasa. Usahawan kecil diberi peluang.

Tetapi malangnya, apabila sesuatu inisiatif kerajaan tidak dibaca dengan lengkap, ia boleh diputar menjadi cerita yang sangat berbeza.

Sebab itu saya selalu pesan kepada pembaca saya... Tolonglah
Jangan biarkan emosi mendahului ilmu. Semak dulu faktanya.

Kalau kita tidak s**a kerajaan sekalipun, kita tetap mempunyai tanggungjawab untuk berlaku adil kepada fakta.

Kita boleh mengkritik kerajaan.
Kita boleh mempertikaikan dasar.
Kita boleh bertanya tentang harga.
Kita boleh bertanya tentang mekanisme pelaksanaan.

Tetapi kritikan mesti berdiri atas fakta, bukan fitnah. Janganlah satu inisiatif yang bertujuan membantu rakyat akhirnya dipersembahkan seolah-olah kerajaan sedang mencari jalan untuk membebankan rakyat.

Kalau benar ada kelemahan, tegurlah.
Kalau ada ruang penambahbaikan, cadangkanlah.

Tetapi kalau sesuatu itu sebenarnya bertujuan meringankan beban ibu bapa dan pada masa yang sama membuka peluang ekonomi kepada komuniti, jangan kita ubah cerita hanya kerana mahu mencari bahan untuk menghentam kerajaan.

Politik boleh berbeza.
Pandangan boleh berbeza.
Tetapi kebenaran tidak sepatutnya berbeza mengikut parti yang kita sokong.

Kita mahu rakyat yang bijak.
Kita mahu masyarakat yang kritis.
Tetapi lebih daripada itu, kita mahu masyarakat yang tabayyun sebelum menghukum.

Sebelum tekan Share, semak dahulu.
Sebelum percaya, baca dahulu.
Sebelum menuduh, pastikan dahulu.

Kerana dalam zaman media sosial, satu fitnah boleh tersebar lebih pantas daripada seribu penjelasan.

Cikgu Emmet Menulis

🎤 SERLAHKAN BAKAT, CIPTA KEJAYAAN! 🏆Piala NADI Tuisyen Rakyat 2026 kini kembali dengan dua pertandingan yang pasti mengu...
10/08/2026

🎤 SERLAHKAN BAKAT, CIPTA KEJAYAAN! 🏆

Piala NADI Tuisyen Rakyat 2026 kini kembali dengan dua pertandingan yang pasti menguji kreativiti dan keyakinan anda!

🎭 Pertandingan Sajak
🎙️ Pertandingan Public Speaking

Inilah peluang anda untuk:
✨ Menonjolkan bakat dalam pengucapan dan deklamasi.
✨ Membina keyakinan serta kemahiran komunikasi.
✨ Mewakili NADI anda di pentas pertandingan.
✨ Merebut gelaran juara dan hadiah menarik!

📢 Pendaftaran kini dibuka!

📍 Daftar di NADI berdekatan anda.

Rujuk poster pertandingan untuk syarat penyertaan dan maklumat lanjut.

Jangan lepaskan peluang untuk menyerlahkan bakat dan menjadi juara Piala NADI Tuisyen Rakyat 2026!

07/08/2026

MAHA 2026 KEMBALI LAGI!

Pameran pertanian terbesar negara kembali menghimpunkan inovasi, teknologi, warisan, agropelancongan dan pelbagai pengalaman menarik dalam satu destinasi.

📅 28 Ogos hingga 6 September 2026
🕙 10.00 pagi hingga 10.00 malam
📍 MAEPS Serdang, Selangor
Terokai inovasi. Raikan warisan. Cipta kenangan bersama di MAHA 2026.
Layari laman sesawang MAHA 2026 di www.mahaofficial.com.my.
Media sosial rasmi:
(Facebook, Instagram, TikTok, Threads, X, Youtube)

Jumpa anda di sana!





Nak bayar bil tapi tak sempat beratur lama?Datang sahaja ke NADI (Pusat Sebaran Maklumat Nasional) berdekatan anda!✅ Pem...
07/08/2026

Nak bayar bil tapi tak sempat beratur lama?
Datang sahaja ke NADI (Pusat Sebaran Maklumat Nasional) berdekatan anda!
✅ Pembayaran Utiliti Asas (air & elektrik)
✅ Utiliti Komunikasi (telefon & internet)
✅ Cukai Tanah / Cukai Petak
✅ Cukai Taksiran / Cukai Pintu
✅ Pembaharuan Insuran Kenderaan
✅ Bayaran Pinjaman Pendidikan
✅ Dan pelbagai perkhidmatan lain!
Semua urusan di satu tempat – cepat, mudah dan selamat 👍
📍 Kunjungi NADI berhampiran anda sekarang!

📢 PEMAKLUMAN PROGRAM NADI x CYBERSECURITY – PERWIRA CYBER 2026Assalamualaikum dan salam sejahtera.Dimaklumkan bahawa Pro...
07/08/2026

📢 PEMAKLUMAN PROGRAM NADI x CYBERSECURITY – PERWIRA CYBER 2026

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Dimaklumkan bahawa Program NADI x Cybersecurity – Perwira Cyber 2026 telah rasmi dilancarkan dan kini dibuka untuk penyertaan.

Program ini dilaksanakan bagi menyokong hasrat Kementerian Komunikasi untuk mewujudkan sekurang-kurangnya seorang Perwira Cyber di setiap Pusat NADI sebagai rujukan utama komuniti dalam aspek keselamatan siber. Perwira Cyber akan berperanan menyampaikan kesedaran keselamatan siber, membantu komuniti mengenal pasti ancaman digital serta membimbing masyarakat ke arah penggunaan internet yang lebih selamat.

Tarikh penting program:
🗓️ Tempoh Program: Ogos – Disember 2026
🎓 3 sesi kelas (setiap hari Sabtu)
🤝 Misi Komuniti: September – Disember 2026

📢 PEMAKLUMAN PROGRAM NADI x CYBERSECURITY CAPTURE THE FLAG (CTF) 2026Assalamualaikum dan salam sejahtera.Dimaklumkan bah...
07/08/2026

📢 PEMAKLUMAN PROGRAM NADI x CYBERSECURITY CAPTURE THE FLAG (CTF) 2026

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Dimaklumkan bahawa Program NADI x Cybersecurity Capture The Flag (CTF) 2026 telah rasmi bermula. Program ini merupakan peluang terbaik untuk meningkatkan pengetahuan dan kemahiran dalam bidang keselamatan siber melalui bengkel bersama pakar industri serta pertandingan CTF yang mencabar.

07/08/2026

Selamat maju jaya diucapkan kepada Pas**an NADI Tiny Techies Malaysia yang telah berlepas ke Seoul, Republik Korea pada 6 Ogos 2026 bagi mewakili Malaysia dalam International Programming Robot Challenge (IPRC) 2026.

Seramai 7 peserta NADI akan membawa nama negara ke pentas antarabangsa dalam pertandingan robotik dan pengaturcaraan yang menghimpunkan bakat muda dari Korea Selatan, China, Jepun, Vietnam, Filipina, Ukraine dan Malaysia.

IPRC 2026 yang dianjurkan oleh ROBOROBO akan berlangsung di Hankuk University of Foreign Studies, Seoul, dengan pertandingan dijadualkan pada 9 Ogos 2026. Dalam edisi kali ini, pas**an NADI akan bersaing dalam kategori Robot Algorithm (Younger Division) bertemakan “Energy Solution”.

Sepanjang program yang berlangsung, kontinjen Malaysia bukan sahaja berpeluang menguji kemahiran dalam bidang robotik dan pengaturcaraan, malah memperoleh pengalaman berharga, membina jaringan antarabangsa serta memperluaskan pendedahan kepada perkembangan teknologi di peringkat global.

Penyertaan ini mencerminkan komitmen NADI MCMC dalam memperkasa bakat digital generasi muda serta membuka lebih banyak peluang kepada mereka untuk mengembangkan potensi dan bersaing di pentas dunia.

NADI MCMC mendoakan agar seluruh kontinjen diberikan kelancaran sepanjang berada di Seoul, dipermudahkan segala urusan serta berjaya mengharumkan nama Malaysia. Semoga pulang membawa pengalaman yang membanggakan 🇲🇾





📢 WEBINAR BERKALA MATEMATIK – EDISI 7 📢Hello pelajar! 🌟Jom sertai Webinar Berkala Matematik – Edisi 7 dan tingkatkan pen...
05/08/2026

📢 WEBINAR BERKALA MATEMATIK – EDISI 7 📢

Hello pelajar! 🌟

Jom sertai Webinar Berkala Matematik – Edisi 7 dan tingkatkan penguasaan anda dalam *Persamaan Linear dan Ungkapan Algebra* dengan lebih mudah dan berkesan! ➕📘

🗓️ 8 Ogos 2026 (Sabtu)
🕝 2.30 PM – 4.30 PM
📍 Dalam Talian
👥 Sasaran: Pelajar Tingkatan 1 hingga Tingkatan 3

🎯 Topik:
Persamaan Linear dan Ungkapan Algebra

💡 Pelajari konsep asas persamaan linear dan ungkapan algebra, teknik menyelesaikan soalan dengan tepat serta kaedah mudah untuk meningkatkan keyakinan dan prestasi dalam Matematik.

📞 Daftar sekarang di cawangan NADI Taman Kurau Lestari.

Address

No 3 GF, Lintang Lestari, Taman Kurau Lestari
Bagan Serai
34300

Opening Hours

Monday 09:00 - 18:00
Tuesday 09:00 - 18:00
Wednesday 09:00 - 18:00
Thursday 09:00 - 18:00
Friday 09:00 - 18:00
Saturday 09:00 - 18:00
Sunday 09:00 - 18:00

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Pusat Sebaran Maklumat Nasional - NADI Taman Kurau Lestari posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share