Organization of Ex-Students of Integrasi Kubang Pasu [OXSIKA]

Organization of Ex-Students of Integrasi Kubang Pasu [OXSIKA] Persatuan Alumni Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Kubang Pasu

Nombor Pertubuhan (JPPM/ROS) : PPM-011-02-16032014

---------------------------
SEJARAH PENUBUHAN
---------------------------

Idea penubuhan persatuan tingkatan 5 tahun 2007 telah diubah kepada penubuhan persatuan bagi bekas-bekas pelajar Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Kubang Pasu oleh pelajar-pelajar tingkatan 5 tahun 2007, sebagai persediaan pelajar selepas meninggalkan Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Kubang Pasu. Setelah idea ini diterima,

pihak persatuan telah membuka peluang kepada pelajar-pelajar Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Kubang Pasu untuk mencipta nama yg sesuai bagi persatuan ini.Setelah tamat tempoh diberikan, berbagai-bagai nama persatuan telah dicadangkan, tetapi hanya empat puluh nama yang dirasakan terbaik telah dikumpulkan untuk diundi oleh semua pelajar Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Kubang Pasu. Tanggal 24 MEI 2007, para pelajar diminta untuk mengundi di Dewan Al-Ghazali selepas perhimpunan rasmi sekolah. Majoriti pelajar telah memilih nama OXSIKA sebagai nama persatuan bekas-bekas pelajar Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Kubang Pasu. Maka, secara rasminya OXSIKA telah dipilih sebagai nama persatuan bekas-bekas pelajar Sekolah Berasrama penuh Integrasi Kubang Pasu. OXSIKA merupakan akronim bagi Organisation Of Ex-Student Integrasi Kubang Pasu. Nama ini merupakan hasil buah fikiran saudari Nabilah binti Nur Rizzuan, salah seorang pelajar tingkatan 5 tahun 2007. Oleh itu, sebuah organisasi yang diterajui oleh pelajar-pelajar Tingkatan 5 tahun 2007 telah ditubuhkan. Buat kali pertama nama ini digunakan semasa sambutan Hari Guru pada 16 JUN 2007. Semenjak itu, setiap acara dan sambutan yang melibatkan pelajar-pelajar Tingkatan 5 akan menggunakan nama ini sebagai memberi pendedahan agar nama ini akan digunakan oleh pelajar-pelajar Tingkatan 5 yang tidak lagi bergelar pelajar-pelajar Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Kubang Pasu, tetapi bekas pelajar setelah mereka menamatkan pengajian mereka di sekolah ini. Pelancaran rasmi Alumni OXSIKA ini berlangsung di Holliday Villa pada 6 SEPT 2007, iaitu ketika Majlis Makan Malam Pelajar Tingkatan 5 Tahun 2007 atau dikenali sebagai Penjana OXSIKA. Pada 15 NOVEMBER 2007, penjelasan yang lebih lanjut mengenai objektif, visi, misi dan aktiviti-aktitivi untuk mencapai matlamat OXSIKA telah diberikan oleh wakil pelajar tingkatan 5 tahun 2007 dalam satu perhimpunan harian supaya pelajar-pelajar Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Kubang Pasu memahami tujuan penubuhan OXSIKA sebelum mereka bergelar ahli persatuan tersebut. Setiap bekas pelajar boleh dirujuk mengikut tahun terakhir mereka mengikuti pengajian di Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Kubang Pasu. Setelah kesemua pelajar tingkatan 5 tahun 2007 menghabiskan zaman persekolahan mereka di Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Kubang Pasu, bermulalah perjuangan ahli-ahli OXSIKA dalam mencapai matlamat penubuhan persatuan ini…

Assalamualaikum,Untuk makluman semua, pada 7 April 2024, Majlis Tertinggi Persatuan Alumni SBPI Kubang Pasu (OXSIKA) tel...
09/04/2024

Assalamualaikum,

Untuk makluman semua, pada 7 April 2024, Majlis Tertinggi Persatuan Alumni SBPI Kubang Pasu (OXSIKA) telah mengadakan mesyuarat bulanan namun kali ini diadakan secara fizikal bersekali dengan Majlis Iftar Kecilan di Menara Alor Setar.

Terlebih dahulu terima kasih diucapkan kepada pihak pengurusan Menara Alor Setar atas diskaun serta kemudahan bilik mesyuarat yang diberikan secara percuma.

Hasil mesyuarat berkenaan telah membuat beberapa ketetapan termasuk rombakan struktur organisasi OXSIKA bagi penggal 2023/2025.

Berikut merupakan carta organisasi baharu bagi penggal kali ini:

Presiden: Saudara Abdul Hadi
Timbalan Presiden: Saudara Zakaria Nazir
Setiausaha Agung: Saudari Umairah Ridzwan
Timbalan Setiausaha: Saudara Emeir Khalif
Bendahari Kehormat: Saudara Syamael

Biro Komunikasi & IT:
1) Saudari Aufa
2) Saudara Emeir Khalif

Biro Aktiviti & Sosial
1) Saudara Ammar Izzudin
2) Saudara Syazwan Razman

Biro Hubungan Alumni
1) Saudara Zakaria Nazir

Biro Ekonomi & Pendanaan
1) Saudara Fathi Afif

Senarai lengkap dua lagi biro iaitu Biro Kebajikan serta Biro Data & Dokumentasi akan diumumkan dua minggu selepas sambutan Hari Raya Aidilfitri.

Selain itu, perbincangan yang dilakukan juga telah membawa kepada persetujuan untuk membawa cadangan Sambutan 20 Tahun Ikups kepada pihak sekolah. Turut dicadangkan program GEGAR 2024, Hari Terbuka Ikups, dan Malam Gala Alumni diletakkan dibawah pengurusan Sambutan 20 Tahun Ikups. Berhubung perkara itu, Saudara Syazwan (OXSIKA 18') telah dilantik sebagai Pengarah Projek bagi sambutan berkenaan. Perincian lanjut mengenai tarikh dan sebagainya akan dimaklumkan sesegera mungkin.

Program Bicara Alumni juga akan dimulakan tahun ini melibatkan halatuju pelajar selepas SPM yang akan diketuai oleh Saudara Emeir Khalif (OXSIKA 13'). Program ini dicadangkan untuk diadakan secara dwi-fungsi iaitu secara atas talian ataupun secara fizikal.

Seterusnya, Majlis Tertinggi juga bersetuju untuk memulakan proses pengaktifan terhadap laman rasmi OXSIKA selain mewujudkan akaun Tiktok rasmi Persatuan selari dengan peredaran arus teknologi.

Akhir sekali, MT OXSIKA sebulat suara bersetuju untuk menjadikan platform alumni ini sebagai pemangkin kepada aktiviti berteraskan kebajikan bukan sahaja kepada ahli berdaftar malah kepada pelajar yang masih bersekolah di Ikups sendiri.

Besar harapan kami, agar usaha kecil yang dilakukan ini mendapat respon yang baik dari semua pihak.

Sekian terima kasih.

"Dari Ikups, Untuk Ikups"
"Dua Dekad: Kita Bersama"

Majlis Tertinggi OXSIKA 2023/2025

Salam sejahtera, Untuk maklumat semua alumni, MT OXSIKA dengan kerjasama pentadbiran sekolah akan menganjurkan Karnival ...
18/01/2024

Salam sejahtera,

Untuk maklumat semua alumni, MT OXSIKA dengan kerjasama pentadbiran sekolah akan menganjurkan Karnival 20 Tahun Ikups pada tahun ini.

Tarikh sebenar masih dalam perbincangan dan cadangan adalah sekitar bulan Jun dan Julai. Karnival ini akan disasarkan berlangsung selama sebulan merangkumi penganjuran Makan Malam Alumni, Guru & Bekas Guru, GEGAR 2024, Ikups Open Day, Hari Sukan Sekolah dan juga beberapa aktiviti lain. Perincian mengenai ini akan dikemaskini dari semasa ke semasa.

Namun, dengan jumlah kecil Majlis Tertinggi OXSIKA sedia ada, kami tidak mampu untuk menjayakan keseluruhan program yang dirancang. Maka besar harapan kami, untuk pihak alumni-alumni lain untuk turut terlibat serta.

Antara khidmat yang diperlukan adalah dari segi pengurusan, aktiviti, latihan, fasilitator, multimedia, publisiti, penajaan dan juga jualan. Jadi ayuh kita bersama menjayakan perancangan ini.

Mana-mana alumni yang berminat, anda boleh mengisi pautan dibawah.

Terima Kasih.





https://forms.gle/zB6FdQ7ffWNR9LSv7
*FORM KARNIVAL 20 TAHUN IKUPS*

Untuk maklumat semua alumni, MT OXSIKA dengan kerjasama pentadbiran sekolah akan menganjurkan Karnival 20 Tahun Ikups pada tahun ini. Tarikh sebenar masih dalam perbincangan dan cadangan adalah sekitar bulan Jun dan Julai. Karnival ini akan disasarkan berlangsung selama sebulan merangkumi penganjura...

JOM!
14/09/2023

JOM!

GEGAR XXIII‼️1 HARI LAGI ‼️Ikuti media sosial  untuk mendapatkan info terkini GEGAR 2023.Kita jumpa di IKUPS!“Aspiring S...
13/09/2023

GEGAR XXIII

‼️1 HARI LAGI ‼️

Ikuti media sosial untuk mendapatkan info terkini GEGAR 2023.

Kita jumpa di IKUPS!

“Aspiring Stories, Inspiring Futures"

GEGAR XXIII‼️2 HARI LAGI ‼️Ikuti media sosial  untuk mendapatkan info terkini GEGAR 2023.Kita jumpa di IKUPS!“Aspiring S...
12/09/2023

GEGAR XXIII

‼️2 HARI LAGI ‼️

Ikuti media sosial untuk mendapatkan info terkini GEGAR 2023.

Kita jumpa di IKUPS!

“Aspiring Stories, Inspiring Futures"

GEGAR XXIII‼️3 HARI LAGI ‼️Ikuti media sosial  untuk mendapatkan info terkini GEGAR 2023.Kita jumpa di IKUPS!“Aspiring S...
12/09/2023

GEGAR XXIII

‼️3 HARI LAGI ‼️

Ikuti media sosial untuk mendapatkan info terkini GEGAR 2023.

Kita jumpa di IKUPS!

“Aspiring Stories, Inspiring Futures"

[PRA-PENDAFTARAN ALUMNI BAGI GEGAR 2023]Assalamualaikum dan Salam Sejahtera ✨Pihak penganjur berbesar hati ingin mempela...
10/09/2023

[PRA-PENDAFTARAN ALUMNI BAGI GEGAR 2023]

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera ✨

Pihak penganjur berbesar hati ingin mempelawa semua alumni SBP Integrasi Kubang Pasu untuk menyertai GEGAR XXIII 2023.

Butiran program adalah seperti berikut :
🗓️TARIKH: 15 SEPT & 16 SEPT 2023 ( JUMAAT & SABTU)
🕗 MASA: 10:00AM - 03:00PM
📍TEMPAT: SBP INTEGRASI KUBANG PASU, BUKIT KAYU HITAM, KEDAH.

📌GEGAR 2023 ini terbuka kepada semua alumni SBP Integrasi Kubang Pasu.
📌Pendaftaran akan bermula pada *12-14 Sept 2023*
📌Peserta yang tidak sempat mendaftar sepanjang tempoh pendaftaran dibuka juga digalakkan untuk walk-in semasa program berlangsung.

Para alumni yang berminat untuk hadir boleh mengisi pautan pendaftaran pada link Google Form yang disediakan di bawah 👇🏻

Sebarang pertanyaan, sila hubungi 📞
📲 Norizaidi : 010-5254221
📲 Athirah : 011-1911 3292

"Aspiring Stories, Inspiring Futures"

TENTATIF GEGAR XXIIIAssalamualaikum dan Salam Sejahtera,🎉  KARNIVAL TAHUNAN OXSIKA: GERBANG MASA DEPAN IKUPS (GEGAR) 202...
10/09/2023

TENTATIF GEGAR XXIII

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

🎉 KARNIVAL TAHUNAN OXSIKA: GERBANG MASA DEPAN IKUPS (GEGAR) 2023 x IKUPS OPEN DAY 🎉

📣 Perhatian kepada Alumni dan Pelajar SBP Integrasi Kubang Pasu!

📣 Berikut ialah tentatif Karnival Gerbang Masa Depan IKUPS (GEGAR) 2023 dan IKUPS Open Day.

📣 Anda semua dijemput hadir beramai-ramai bagi memeriahkan program ini yang akan diadakan :

🕰️ *GEGAR XXII*

📍Hari : Khamis - Sabtu
📍Tarikh : 14 - 16 September 2023

🕰️ *IKUPS OPEN DAY*

📍Hari: Sabtu
📍Tarikh: 16 September 2023

🏫 Tempat : SBP Integrasi Kubang Pasu

🎪 Pelbagai aktiviti menarik yang akan dijalankan sepanjang program berlangsung.

🎪 Kehadiran anda ke GEGAR’23 semua amatlah bermakna.

“Aspiring Stories, Inspiring Futures"

Sekian, terima kasih.

TERIMA KASIH!****************Tahniah dan terima kasih buat semua penyumbang bagi menjayakan program sambutan hari guru d...
14/05/2023

TERIMA KASIH!
****************
Tahniah dan terima kasih buat semua penyumbang bagi menjayakan program sambutan hari guru dan ijtimak aidilfitri SBPIKP 18 Mei 2023. Semoga setiap sumbangan ikhlas saudara saudari menjadi saksi dan asbab redha Allah SWT insyaAllah amin.
*************
Jom! ramai-ramai memeriahkan majlis pada 18 Mei ini.
*************
sebarang pertanyaan boleh terus DM admin atau contact No. pengerusi seperti tertera.
*************
PULANG BERBAKTI

Alhamdulillah!terima kasih buat semua penyumbang kepada program Oxsika Sbpikp bagi tahun 2023. kami masih memerlukan sum...
13/05/2023

Alhamdulillah!
terima kasih buat semua penyumbang kepada program Oxsika Sbpikp bagi tahun 2023. kami masih memerlukan sumbangan anda seikhlas hati bagi menjayakan majlis SAMBUTAN HARI GURU dan IJTIMAK AIDILFITRI 2023 yang akan berlangsung pada 18 Mei 2023 9pg-2.30ptg.
Kami juga berbesar hati untuk menjemput semua alumni Sbpi Kubang Pasu bagi untuk sama-sama memeriahkan majlis.
sila daftar kehadiran and di link ini
-> https://forms.gle/ot875Gxuj6rgAWKz8
Kutipan setakat ini adalah berjumlah RM668.00!

Alhamdulillah! Terima kasih buat semua penderma bagi kutipan  sambutan HARI GURU dan IJTIMAK AIDILFITRI SBPIKP 2023 🔥set...
11/05/2023

Alhamdulillah!
Terima kasih buat semua penderma bagi kutipan sambutan HARI GURU dan IJTIMAK AIDILFITRI SBPIKP 2023 🔥setakat inu hasil kutipan bagi tarikh 11 MEI 2023 adalah berjumlah RM340.00. Teruskan menyumbang walaupun RM1 untuk memberi manfaat kepada sekolah dan semoga menjadi asbab masuknya kita ke syurga Allah SWT.
untuk sebarang pertanyaan mengenai majlis atau kutipan oxsika. Sila hubungi
*********
ABDUL HADI - +60196946968 Pengerusi
Atau terus DM admin 😉

Address

Alor Setar

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Organization of Ex-Students of Integrasi Kubang Pasu [OXSIKA] posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Organization of Ex-Students of Integrasi Kubang Pasu [OXSIKA]:

Share