21/09/2022
Ni kereta B40 zaman sekarang.
Masa nak beli, bank cukup tolak. Tiada rekod daftar cukai. Bayar cukai apatah lagi. Jadi, macam mana bank nak yakin kemampuan kewangan kau?? Dia punya mengamuk sakan dengan pegawai bank sampai habis dirakam viralnya semua. Kalau bileh celah lubang hidung pegawai bank pun dirakamnya.
Dia kata walaupun dia niaga nasi lemak tepi jalan (kerja 7am sampai 11am), je tapi pendapatan bulanan dia cecah RM11k. Dah 2x belnja mak pi umrah. Setakat gaji pegawai bank tu katanya, banyak lagi pendapatan bulanan dia. Tapi tak bak declare income tax.
Peeerrggghhhhh…. Dia punya angkuh sampai myvi pun dia kata beli cash je.
BIla dapat surat penalti LHDN suruh bayar 5 tahun anggaran cukai… kau tengok kat situ dia punya zuhud tiba-tiba datang. Dia kata apalah sangat niaga nasi lemak tepi jalan encik. Kais pagi makan pagi je. Kalau hujan, tak habis jualan kami buang je encik. Nak derma dengan orang, sakit plak hati kami tengok orang makan free padahal kami nak start masak tu kena bangun 3 pagi. Pukul 11 pagi habis niaga memanglah habis niaga encik. Tapi nak mengemasnya dah setengah jam. Sampai rumah bukan boleh terus rehat. Nak mengangkut dari kereta ke dapur lagi. Nak membasuh lagi. Bawang-bawang rempah semua bukan boleh baru nak sedia esok. Balik tu lah kena terkocoh kocoh sediakan. Mau 12 jam juga menghadapnya encik. Tapi pendapatan apa lah sangat sampai kena penalti RM132k. Tolong lah encik katanya….
Tu belum masa pkp dia niaga rancak je. Bantuan BRIM dia tibai, bantuan zakat dia tibai, bantuan peniaga dia tibai, bantuan kerajaan negeri pun dia tibai. Lepas tu show off kat fb dapat bantuan…
Esok dia post plk…. Ni lah velfire saya, hasil titik peluh saya bekerja. Tak salah manjakan diri kan.
Kalau B40 declare pendapatan mereka, ramai dah B40 yang boleh upgrade kategori mereka ke T20 tanpa perlu jadi M40. Masalahnya sekarang ni B40 culas.
Lerja makan gaji, tapi kat luar join MLM, jual jamu, jual produk timbang kilo, jual kek, sampainpendapatan bulanan cecah kategori T20 Lembah Kelang.
Bila tak declare, data dan status perangkaan akan kekal dengan bilangan B40 yang ramai. Sampai bila tak upgrade-upgrade? Sebab ada perangan B40 macam ni lah, sampai bila-bila pun kerajaan sukar nak kurangkan rakyat berpendapatan B40.
📜Dipetik dari kisah sebenar.
😆😆😆😆😆